Friday, January 10, 2014

NOTA BAB 1

BAB 1 – PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
1.1 PENDEDAHAN KEPADA PENYATA KEWANGAN
Jenis-jenis Penyata Kewangan
  • Penyata kewangan terdiri dari Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira

a)     Penyata Pendapatan
·         Mengukur prestasi perniagaan bagi satu tempoh perakaunan
·         Maklumat terkandung ialah nama perniagaan, tajuk, butiran dan nilai hasil, butiran dan nilai belanja dan keuntungan atau kerugian.
·         Contoh hasil ialah faedah diterima, komisen diterima
·         Contoh belanja ialah bayaran gaji, sewa, kadar bayaran, insurans
·         Untung bersih diperolehi bila hasil melebihi belanja sebaliknya rugi bersih bila belanja melebihi hasil
·         Tajuk ” Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir........”
a)     Kunci Kira-kira
·         satu penyata yang menunjukkan kedudukan kewangan sesebuah perniagaan
·         maklumat terkandung ialah nama perniagaan, tajuk, butiran dan nilai aset, butiran dan nilai liability serta butiran dan nilai ekuiti pemilik
·         Contoh asset ialah premis, kenderaan perabot, stok, penghutang, wang tunai dan wang dibank
·         Contoh liability (hutang) ialah pemiutang, pinjaman bank
·         Ekuiti pemilik merujuk kepada modal perniagaan

1.2 SEJARAH PERAKAUNAN
Falsafah Perakaunan Islam dan Konvensional
Falsafah Perakaunan Islam
Falsafah Perakaunan Konvensional
-         Perakaunan dalam bahasa Arab ialah al-Muhasabah / al-hisab
-         Penegasan kepada pergerakan wang masuk dan wang keluar
-         Prinsip diambil dari Al-Quran dan as Sunnah serta menitikberatkan soal halal dan haram
-         Prinsip dan hukum tidak boleh diubah kecuali caranya (melalui ijtihad)
-         Penekanan kepada factor muamalat iaitu keperluan masyarakat tidak boleh diketepikan dalam menentukan matlamat ekonomi
-         Ini mengelakkan ujud kesan moral yang memudaratkan
-         Perakaunan sebagai proses mengenalpasti, mengukur dan menyampaikan maklumat ekonomi
-         Hanya mengukur urusniaga yang ada nilai kewangan sahaja
-         Prestasi perniagaan hanya dikaitkan dengan keuntungan
-         Semakin tinggi keuntungan maka dikatakan prestasi kerja pengurusannya lebih baik



Konsep Pendedahan vs Konsep Penemuan

Konsep Pendedahan
Konsep Penemuan
-         Menekankan semua maklumat penting perlu didedahkan tanpa ada disembunyikan
-         Nilai dalam laporan kewangan kena tepat dan benar-benar berlaku
-         Maklumat tambahan yang relevan tapi dibentangkan dalam laporan kewangan perlu dinyatakan sebagai nota tambahan
-         Maklumat hanya boleh didedahkan apabila dipersoalkan oleh pihak luar / pihak ketiga
-         Sebarang kekurangan hendaklah diatasi dengan jujur dan tepat apabila dibangkitan oleh mereka
-          
-         Dalam Islam, factor halal haram dan kesan moral terhadap masyarakat diambilkira
-         Kekurangan dan kesilapan perlu didedahkan dengan jujur kerana dipersoalkan diakhirat
-         Kemungkinan penyelewengan adalah kecil kerana factor keimanan kepada Tuhan
-         Mengambil kira hanya factor yang boleh diukur dengan nilai ekonomi
-         Pendedahan kesilapan maklumat laporan kewangan hanya dimaklumkan apabila dipersoalkan
-         Penyelewengan akan berlaku kerana mungkin dipengaruhi oleh ganjaran yang lumayan

Bentuk Organisasi Perniagaan

Bentuk
Ciri-ciri
Milikan Tunggal
  1. dimiliki dan diuruskan oleh seorang individu sahaja
  2. Modal kecil yang disumbangkan oleh pemilik itu sendiri
  3. Ditubuh dibawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956
  4. Keuntungan dan kerugian ditanggung pemilik itu sendiri
  5. Menanggung liability tidak terhad – pemilik kena menggunakan asset peribadi untuk membayar hutang perniagaan jika asset perniagaan tidak mencukupi
  6. Entiti pemilik dan perniagaan adalah terpisah (entity berasingan)
  7. Cukai dikenakan mengikut kadar cukai pendapatan perseorangan
  8. Dibubarkan apabila pemilik meninggal dunia
Perkongsian
  1. Berkongsi 2 hingga 20 orang tetapi perkongsian badan professional boleh sehingga 50 orang
  2. Pekongsi menyumbang modal, idea dan kepakaran bersama menguruskan perniagaan
  3. Ditubuh mengikut Akta Perkongsian 1961
  4. Tonggak perkongsian ialah Ikatan Perkongsian iaitu perjanjian bersama pekongsi meliputi cara perniagaan dijalankan, pembahagian kuasa.
  5. Liabiliti tidak terhad
  6. Keuntungan dan kerugian ditanggung antara pekongsi mengikut persetujuan
  7. Tiap-tiap pekongsi dikehendaki membayar cukai pendapatan perseorangan
  8. Perkongsian akan dibubarkan apabila pekongsi meninggal dunia, muflis atau arahan mahkamah
Syarikat Berhad
  1. Ditubuh dibawah Akta Syarikat 1965 dan mesti berdaftar dengan SSM
  2. Terdiri syarikat berhad dan syarikat sendirian berhad
  3. Bilangan ahli syarikat berhad ialah dua hingga tidak terhad tetapi syarikat sendirian berhad ahlinya setakat 50 orang yang terdiri dari pemegang saham
  4. Pengurusan syarikat ditadbir oleh Lembaga Pengarah yang dilantik dalam mesyuarat agong
  5. Liabiliti pemegang saham adalah terhad setakat modal yang dilaburkan – tidak melibatkan asset peribadi pemegang saham untuk membayar hutang
  6. Sekira syarikat untung pemegang saham akan mendapat dividend an bonus
  7. Syarikat adalah badan berterusan dan ujud buat selama-lamanya
  8. Cukai dikenakan keatas syarikat dan tinggi berbanding milikan tunggal atau perkongsian

Koperasi
1.     Ditubuh oleh sekumpulan individu secara sukarela untuk tujuan melindungi kepentingan dan kebajikan bersama
2.     Dtitubuh dibawah Akta Koperasi 1993
3.     Bilangan ahli (pemegang saham) minimum ialah 50 orang dan tiada had maksimum
4.     Modal diperolehi dari penjualan saham kepada ahli
5.     Ahli menanggung liability terhad
6.     Ditadbir Ahli Lemabaga Koperasi (ALK) yang dipilih semasa mesyuarat agong

1.4  Perbezaan Antara Simpankira Dan Perakaunan
 Simpankira – merekod semua urusniaga secara tepat dan sistematik berdasarkan system catatan bergu
Perakaunan – proses penyediaan maklumat kedudukan kewangan sesebuah perniagaan

Simpankira Sebagai Asas Perakaunan
-          Simpankira melibat proses mengenalpasti dan merekod urusniaga
-           Perakaunan melibat proses mengenalpasti dan merekod urusniaga, mentaksir, menganalisis, melaporkan dan merancang

Simpankira
Perakaunan
-          Skop kecil dan proses awal perakaunan
-          satu kemahiran mengenalpasti dan merekod urusniaga secara bersistem secara catatan bergu
-          menyediakan maklumat kepada akauntan bagi melaksanakan proses kewangan seterusnya
-          mempunyai skop yang lebih luas
-          membabit proses mengenalpasti dan merekod, mentaksir, melapor ,menganalisis dan merancang maklumat kewangan
-          menyediakan maklumat kewangan membolehkan pihak tertentu membuat keputusan, perbandingan dan perancangan

Sub bidang Perakaunan
Perakaunan kewangan
-          proses perakaunan melibatkan keputusan perniagaan seperti untung rugi, aliran wang masuk dan keluar
-          tujuan utama adalah membekalkan maklumat perakaunan kepada pengguna luaran

Perakaunan Pengurusan
-          proses perancangan, kawalan, membuat keputusan dan pengurusan syarikat
-          maklumat yang disediakan digunakan untuk pengguna dalaman yang terlibat dengan proses diatas

Audit
-          aktiviti pemeriksaan dokumen perniagaan bagi mengesahkan urusniaga tersebut benar-benar berlaku
-          memastikan rekod perakaunan disediakan mengikut piawaian dan peraturan

Percukaian
-          meliputi nasihat, perancangan dan penyediaan penyata cukai

Sistem Maklumat Cukai
-          system untuk menjanakan maklumat perakaunan dan mempunyai rangkaian yang berhubungan dengan maklumat perakaunan yang lain
-          menghubungkan pusat pemprosesan data perakaunan dan maklumat pengurusan


1.5 Persekitaran Perakaunan di Malaysia
MACPA (MICPA)
Institut  Akauntan Awam Bertauliah Malaysia
memberikan latihan dan peperiksaan kepada akauntan

MIA
Institut Akauntan Malaysia
memperkembang profesion perakaunan di Malaysia selain pendaftar akauntan bertauliah

MASB
Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia
membangun dan menerbitkan standard perakaunan di Malaysia, menentukan garis panduan menyediakan laporan kewangan

CIMA
Chartered Institute of Management Acconutant
melahirkan akauntan professional yang mahir mengurus dan mentadbir perniagaan
ACCA
Association Of Chartered Certified Accountant
-          sokongan kepada ahli dan pelajar dalam karier perakaunan
-          pendedahan tentang peraturan dan undang-undang berkaitan amalan perakaunan

Konsep dan Prinsip Asas Perakaunan

Konsep
Huraian
Wang sebagai ukuran
-          semua urusniaga perniagaan direkodkan dalam unit wang iaitu RM
-          hanya factor dalam ukuran wang sahaja direkodkan dan nilai matawang adalah malar

Prinsip Catatan Bergu
-          setiap urusniaga direkodkan dua kali iaitu satu akaun  didebitkan dan satu akaun dikreditkan dengan jumlah yang sama
-          contoh: jual barangniaga secara kredit kepada Suffian maka Akaun Suffian didebit dan Akaun Jualan dikreditkan
Entiti Berasingan
-          sesebuah perniagaan dianggap sebagai satu unit yang tersendiri yang terpisah daripada pemiliknya
-          hanya urusniaga berkaitan perniagaan sahaja direkodkan dalam buku perniagaan
-          akaun modal adan akaun ambilan dibuka untuk merekodkan urusniaga antara pemilik dan perniagaannya
Tempoh perakaunan
-          konsep ini membahagikan jangkahayat perniagaan kepada tempoh tertentu seperti sebulan, suku tahun, setengah tahun atau setahun bagi membolehkan maklumat perakaunan dilaporkan pada tempoh tertentu
Konsep Kos Sejarah
-          perekodan urusniaga dalam buku akaun hendaklah dibuat berasaskan kos belian pada tarikh tertentu
-          kos sejarah tak akan berubah walaupun nilai pasarannya berubah
Usaha yang berterusan
-          sesebuah perniagaan diandaikan terus beroperasi untuk satu tempoh masa yang tidak terbatas
-          asset yang dimiliki akan terus digunakan untuk menghasilkan pendapatan
Asas Perakaunan Akruan
-          dalam menentukan keuntungan perniagaan , hasil  yang diprolehi hendaklah ditolak dengan perbelanjaan untuk memperolehi hasil tersebut dalam tempoh itu
-          setiap perbelanjaan yang berlaku dlm tempoh itu mesti direkodkan walaupun belanja itu belum dibayar
Ketekalan
-          penggunaan kaedah perakaunan tidak harus diubah dari satu tempoh perakaunan kesatu tempoh perakaunan yang lain
-          contohnya jika kaedah pengiraan susutnilai kenderaan adalah mengikut kaedah garislurus maka kaedah yang sama digunakan untuk tempoh perakaunan akan datang

Materialiti
-          perbelanjaan boleh bersifat kebendaan (material) atau bukan kebendaan (immaterial) bergantung kepada saiz firma dan pertimbangan kepada kepentingan perbelanjaan tersebut
-          segala yang dianggap material sahaja akan direkodkan dalam penyata kewangan kerana ia memberi kesan  kepada pembaca penyata kewangan
-          contohnya mesin kira berharga RM30 direkod sebagai asset (material) bagi perniagaan kecil , manakala bagi perniagaan besar dianggap tidak material dan ia tidak dimasukkan dalam kunci kira-kira

Konservatisme
-          hanya jangkaan kerugian sahaja yang diambilkira  sebagai belanja dalam penyata pendapatan tetapi tidak bagi jangkaan keuntungan
-          contoh jangkaan keuntungan RM100 juta dari satu projek pembinaan tidak boleh dilapor dalam penyata kewangan sehingga ia benar-benar telah diperolehi
Pelaporan berasaskan nilai saksama
-          nilai dilaporkan dalam penyata kewangan perlu diselaras mengikut harga semasa (dimana kos sejarah tidak tepat)
-          Nilai saksama dalam Kunci Kira-kira memberikan gambaran lebih jelas dan terkini yang berguna bagi pelabur untuk membuat penilaian







Ciri Kualitatif Penyata Kewangan
Kebolehfahaman
·        maklumat dalam penyata kewangan boleh difahami oleh pengguna penyata kewangan
·        pengguna boleh membuat keputusan lebih baik jika memahami kandungan penyata kewangan
Relevan
·        keupayaan penyata kewangan dalam mempengaruhi keputusan yang diambil oleh pengguna penyata kewangan
Kebolehpercayaan
·        penyata kewangan bebas daripada sebarang kesalahan fakta, fakta tanpa bukti, tidak bersifat berat sebelah
Kebolehbandingan
·        penyata kewangan mesti dapat dibandingkan mengikut jangkamasa untuk mengetahui kedudukan kewangan dan pencapaian syarikat
Ketepatan masa
·        sesuatu maklumat dapat diperoleh semasa maklumat tersebut diperlukan











Belajar membina blog


Kursus Membina Blog