BAB
1 – PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
1.1
PENDEDAHAN KEPADA PENYATA KEWANGAN
Jenis-jenis Penyata Kewangan
- Penyata kewangan terdiri dari Penyata Pendapatan dan
Kunci Kira-kira
a)
Penyata
Pendapatan
·
Mengukur
prestasi perniagaan bagi satu tempoh perakaunan
·
Maklumat terkandung ialah nama
perniagaan, tajuk, butiran dan nilai hasil,
butiran dan nilai belanja dan keuntungan atau kerugian.
·
Contoh hasil ialah faedah diterima,
komisen diterima
·
Contoh belanja ialah bayaran gaji,
sewa, kadar bayaran, insurans
·
Untung bersih diperolehi bila hasil
melebihi belanja sebaliknya rugi bersih bila belanja melebihi hasil
·
Tajuk ” Penyata
Pendapatan bagi tahun berakhir........”
a)
Kunci
Kira-kira
·
satu penyata yang menunjukkan kedudukan kewangan sesebuah perniagaan
·
maklumat terkandung ialah nama
perniagaan, tajuk, butiran dan nilai aset,
butiran dan nilai liability serta
butiran dan nilai ekuiti pemilik
·
Contoh asset ialah premis, kenderaan
perabot, stok, penghutang, wang tunai dan wang dibank
·
Contoh liability (hutang) ialah
pemiutang, pinjaman bank
·
Ekuiti pemilik merujuk kepada modal
perniagaan
1.2
SEJARAH PERAKAUNAN
Falsafah
Perakaunan Islam dan Konvensional
Falsafah
Perakaunan Islam
|
Falsafah
Perakaunan Konvensional
|
-
Perakaunan dalam bahasa Arab ialah
al-Muhasabah / al-hisab
-
Penegasan kepada pergerakan wang
masuk dan wang keluar
-
Prinsip diambil dari Al-Quran dan as
Sunnah serta menitikberatkan soal halal dan haram
-
Prinsip dan hukum tidak boleh diubah
kecuali caranya (melalui ijtihad)
-
Penekanan kepada factor muamalat
iaitu keperluan masyarakat tidak boleh diketepikan dalam menentukan matlamat
ekonomi
-
Ini mengelakkan ujud kesan moral yang
memudaratkan
|
-
Perakaunan sebagai proses
mengenalpasti, mengukur dan menyampaikan maklumat ekonomi
-
Hanya mengukur urusniaga yang ada
nilai kewangan sahaja
-
Prestasi perniagaan hanya dikaitkan
dengan keuntungan
-
Semakin tinggi keuntungan maka
dikatakan prestasi kerja pengurusannya lebih baik
|
Konsep
Pendedahan vs Konsep Penemuan
Konsep
Pendedahan
|
Konsep
Penemuan
|
-
Menekankan semua maklumat penting
perlu didedahkan tanpa ada disembunyikan
-
Nilai dalam laporan kewangan kena
tepat dan benar-benar berlaku
-
Maklumat tambahan yang relevan tapi
dibentangkan dalam laporan kewangan perlu dinyatakan sebagai nota tambahan
|
-
Maklumat hanya boleh didedahkan
apabila dipersoalkan oleh pihak luar / pihak ketiga
-
Sebarang kekurangan hendaklah diatasi
dengan jujur dan tepat apabila dibangkitan oleh mereka
-
|
-
Dalam Islam, factor halal haram dan
kesan moral terhadap masyarakat diambilkira
-
Kekurangan dan kesilapan perlu
didedahkan dengan jujur kerana dipersoalkan diakhirat
-
Kemungkinan penyelewengan adalah
kecil kerana factor keimanan kepada Tuhan
|
-
Mengambil kira hanya factor yang
boleh diukur dengan nilai ekonomi
-
Pendedahan kesilapan maklumat laporan
kewangan hanya dimaklumkan apabila dipersoalkan
-
Penyelewengan akan berlaku kerana
mungkin dipengaruhi oleh ganjaran yang lumayan
|
Bentuk
Organisasi Perniagaan
Bentuk
|
Ciri-ciri
|
Milikan
Tunggal
|
|
Perkongsian
|
|
Syarikat
Berhad
|
|
Koperasi
|
1. Ditubuh
oleh sekumpulan individu secara sukarela untuk tujuan melindungi kepentingan
dan kebajikan bersama
2. Dtitubuh
dibawah Akta Koperasi 1993
3. Bilangan
ahli (pemegang saham) minimum ialah 50 orang dan tiada had maksimum
4. Modal
diperolehi dari penjualan saham kepada ahli
5. Ahli
menanggung liability terhad
6. Ditadbir
Ahli Lemabaga Koperasi (ALK) yang dipilih semasa mesyuarat agong
|
1.4 Perbezaan Antara Simpankira Dan Perakaunan
Simpankira – merekod
semua urusniaga secara tepat dan sistematik berdasarkan system catatan bergu
Perakaunan – proses penyediaan maklumat kedudukan kewangan
sesebuah perniagaan
Simpankira
Sebagai Asas Perakaunan
-
Simpankira melibat proses mengenalpasti
dan merekod urusniaga
-
Perakaunan melibat proses mengenalpasti dan
merekod urusniaga, mentaksir, menganalisis, melaporkan dan merancang
Simpankira
|
Perakaunan
|
-
Skop kecil dan proses awal perakaunan
-
satu kemahiran mengenalpasti dan
merekod urusniaga secara bersistem secara catatan bergu
-
menyediakan maklumat kepada akauntan
bagi melaksanakan proses kewangan seterusnya
|
-
mempunyai skop yang lebih luas
-
membabit proses mengenalpasti dan
merekod, mentaksir, melapor ,menganalisis dan merancang maklumat kewangan
-
menyediakan maklumat kewangan
membolehkan pihak tertentu membuat keputusan, perbandingan dan perancangan
|
Sub
bidang Perakaunan
Perakaunan
kewangan
-
proses perakaunan melibatkan keputusan
perniagaan seperti untung rugi, aliran wang masuk dan keluar
-
tujuan utama adalah membekalkan
maklumat perakaunan kepada pengguna
luaran
Perakaunan
Pengurusan
-
proses perancangan, kawalan, membuat
keputusan dan pengurusan syarikat
-
maklumat yang disediakan digunakan
untuk pengguna dalaman yang terlibat
dengan proses diatas
Audit
-
aktiviti pemeriksaan dokumen perniagaan
bagi mengesahkan urusniaga tersebut benar-benar berlaku
-
memastikan rekod perakaunan disediakan
mengikut piawaian dan peraturan
Percukaian
-
meliputi nasihat, perancangan dan
penyediaan penyata cukai
Sistem
Maklumat Cukai
-
system untuk menjanakan maklumat
perakaunan dan mempunyai rangkaian yang berhubungan dengan maklumat perakaunan
yang lain
-
menghubungkan pusat pemprosesan data
perakaunan dan maklumat pengurusan
1.5
Persekitaran Perakaunan di Malaysia
MACPA
(MICPA)
|
Institut Akauntan
Awam Bertauliah Malaysia
|
memberikan latihan dan peperiksaan kepada akauntan
|
MIA
|
Institut Akauntan Malaysia
|
memperkembang profesion perakaunan di Malaysia selain
pendaftar akauntan bertauliah
|
MASB
|
Lembaga
Piawaian Perakaunan Malaysia
|
membangun dan menerbitkan standard perakaunan di Malaysia,
menentukan garis panduan menyediakan laporan kewangan
|
CIMA
|
Chartered Institute of Management Acconutant
|
melahirkan akauntan professional yang mahir mengurus dan
mentadbir perniagaan
|
ACCA
|
Association Of Chartered Certified Accountant
|
-
sokongan kepada ahli dan pelajar dalam
karier perakaunan
-
pendedahan tentang peraturan dan
undang-undang berkaitan amalan perakaunan
|
Konsep
dan Prinsip Asas Perakaunan
Konsep
|
Huraian
|
Wang sebagai ukuran
|
-
semua urusniaga perniagaan direkodkan
dalam unit wang iaitu RM
-
hanya factor dalam ukuran wang sahaja
direkodkan dan nilai matawang adalah malar
|
Prinsip Catatan Bergu
|
-
setiap urusniaga direkodkan dua kali
iaitu satu akaun didebitkan dan satu
akaun dikreditkan dengan jumlah yang sama
-
contoh: jual barangniaga secara
kredit kepada Suffian maka Akaun Suffian didebit dan Akaun Jualan dikreditkan
|
Entiti Berasingan
|
-
sesebuah perniagaan dianggap sebagai
satu unit yang tersendiri yang terpisah daripada pemiliknya
-
hanya urusniaga berkaitan perniagaan
sahaja direkodkan dalam buku perniagaan
-
akaun modal adan akaun ambilan dibuka
untuk merekodkan urusniaga antara pemilik dan perniagaannya
|
Tempoh perakaunan
|
-
konsep ini membahagikan jangkahayat
perniagaan kepada tempoh tertentu seperti sebulan, suku tahun, setengah tahun
atau setahun bagi membolehkan maklumat perakaunan dilaporkan pada tempoh
tertentu
|
Konsep Kos Sejarah
|
-
perekodan urusniaga dalam buku akaun
hendaklah dibuat berasaskan kos belian pada tarikh tertentu
-
kos sejarah tak akan berubah walaupun
nilai pasarannya berubah
|
Usaha yang berterusan
|
-
sesebuah perniagaan diandaikan terus
beroperasi untuk satu tempoh masa yang tidak terbatas
-
asset yang dimiliki akan terus
digunakan untuk menghasilkan pendapatan
|
Asas Perakaunan Akruan
|
-
dalam menentukan keuntungan
perniagaan , hasil yang diprolehi hendaklah
ditolak dengan perbelanjaan untuk memperolehi hasil tersebut dalam tempoh itu
-
setiap perbelanjaan yang berlaku dlm
tempoh itu mesti direkodkan walaupun belanja itu belum dibayar
|
Ketekalan
|
-
penggunaan kaedah perakaunan tidak
harus diubah dari satu tempoh perakaunan kesatu tempoh perakaunan yang lain
-
contohnya jika kaedah pengiraan
susutnilai kenderaan adalah mengikut kaedah garislurus maka kaedah yang sama
digunakan untuk tempoh perakaunan akan datang
|
Materialiti
|
-
perbelanjaan boleh bersifat kebendaan
(material) atau bukan kebendaan (immaterial) bergantung kepada saiz firma dan
pertimbangan kepada kepentingan perbelanjaan tersebut
-
segala yang dianggap material sahaja
akan direkodkan dalam penyata kewangan kerana ia memberi kesan kepada pembaca penyata kewangan
-
contohnya mesin kira berharga RM30
direkod sebagai asset (material) bagi perniagaan kecil , manakala bagi
perniagaan besar dianggap tidak material dan ia tidak dimasukkan dalam kunci
kira-kira
|
Konservatisme
|
-
hanya jangkaan kerugian sahaja yang
diambilkira sebagai belanja dalam
penyata pendapatan tetapi tidak bagi jangkaan keuntungan
-
contoh jangkaan keuntungan RM100 juta
dari satu projek pembinaan tidak boleh dilapor dalam penyata kewangan
sehingga ia benar-benar telah diperolehi
|
Pelaporan berasaskan nilai saksama
|
-
nilai dilaporkan dalam penyata
kewangan perlu diselaras mengikut harga semasa (dimana kos sejarah tidak
tepat)
-
Nilai saksama dalam Kunci Kira-kira
memberikan gambaran lebih jelas dan terkini yang berguna bagi pelabur untuk
membuat penilaian
|
Ciri
Kualitatif Penyata Kewangan
Kebolehfahaman
|
·
maklumat dalam penyata kewangan boleh
difahami oleh pengguna penyata kewangan
·
pengguna boleh membuat keputusan
lebih baik jika memahami kandungan penyata kewangan
|
Relevan
|
·
keupayaan penyata kewangan dalam
mempengaruhi keputusan yang diambil oleh pengguna penyata kewangan
|
Kebolehpercayaan
|
·
penyata kewangan bebas daripada
sebarang kesalahan fakta, fakta tanpa bukti, tidak bersifat berat sebelah
|
Kebolehbandingan
|
·
penyata kewangan mesti dapat
dibandingkan mengikut jangkamasa untuk mengetahui kedudukan kewangan dan
pencapaian syarikat
|
Ketepatan masa
|
·
sesuatu maklumat dapat diperoleh
semasa maklumat tersebut diperlukan
|
![](file:///C:/Users/user/AppData/Local/Temp/msohtml1/01/clip_image002.gif)
![](file:///C:/Users/user/AppData/Local/Temp/msohtml1/01/clip_image002.gif)